TINGGAL JEJAK KORANG KAT SINI EK MY FREN...

Showing posts with label events. Show all posts
Showing posts with label events. Show all posts

Monday, July 26, 2010

Berakhirnyer Taiping Heritage RUn


malam 2 aku tak dapat tido.. tak ngantuk, segar sangat.. punyer excited dengan race kat taiping esok.. pastu sibuk print out Jamboree Orintering SNR ADVENTURE .. yelah.. nak promote trus after race nnt.. dengan adek jany tido sekali ngan aku.. urmm, lagi lah tak dapat tido.. dok m'yembang jer kitorang.. tuk2 jam dah menunjukkan pukul 3.50 pagi.. waaaa.. 30 minit jer aku tido... Damn!!!! lol... sok mesti letih nak lari... abah dah pesan kat aku banyak kali dah.. tido lah, sok ang ada race.. "nnt tido dalam berlari susah lak".. kekekke.. ada ker patut abah cakap cam 2... aku pun tunggu apa lagi, bersiap2 lah kitorang, pastu dalam hati bajet my♥ belum bangun lagi.. bila aku dah siap aku nak kejutkan dia.. tuk2 dia yg kejutkan aku.. dia cakap dia dah siap.. ayooo.. ni mesti dia pun tak tido.. kekekek.. kelam kabut lah kitorang.. (ingat tak entry lepas aku da cakap dia ada plan nak p KL.. actualy dia tak jadi p.. suka sangat bila dia cancel.. saya suka bila awak cancel & ikut saya p padang taiping lari2.♥♥♥) ngan adek aku bob baru nak mandi... uhhh.. siap2 trus p pick up my♥.. kitorang pun trus p taiping.. sampai dalam kui 5.50 pagi.. ngantuk nyer.. padan muka, 2 lah sapa suh tak tido.. pastu dengan perot aku lapar gila.. trus kitorang makan kat kedai mamak..
ini lah muka aku bila ngantuk sangat.. siap ada air liur basi lagi... hehe... after breakfast aku ngan my♥ siap2 nak race.. sempat lagi snap2 pic...
tada!!! ha, ni muka aku bila dah segar bugar.. lepas makan.. bertenaga semula.. comel tak.. kekekek. perasan...
nampak tak aku kat mana.. hheehe, tak nampak lah, aku terselit kat belakang 2.. tengok yg depan 2, siap ada spidermen lagi 2.. berdebar2 hati ni bila nak berlari.. bukan per, aku tak training, so mmg tak bersedia.. yg bersedia tuk enjit adalah.. first2 lari cam biasa, pastu mula lah tersemput2 cam siput vavi.. kejap berhenti, kejap lari.. nasib ada syg aku tolong push up.. mesti dia bengan ngan aku.. lagi pun aku tak berapa sihat ari 2.. ngan period pain.. ah.. boleh lagi aku berlari.. jenuh push up diri sendiri.. kalau tak disebabkan syg aku, aku dah give up lama dah.. dalam kepala dah set nak jalan sampai ke finisher.. tapi nasib dia bagi semangat kat aku... thanks dear.. 
aku tarik baju dia dari belakang, so langkah aku pun cepat cikit.. sampai ke finisher dia tarik aku.. terharu sangat.. sampai2 finsher kitoang pun masuk lane masing2, aku kategori B, dia lah kategori A.. alhamdullilah.. aku dapat no 65, so aku dapat medal.. tapi syg aku tak dapat medal.. cian dia, aku punyer pasal lah dia tak dapat medal.. :(
tak per dear, kita kongsi ek,.. nnt syg belah 2.. abg setengah, syg setengah.. heeee. ^^... 
 boleh tahan lah gak medal ni.. kita kongsi tau syg.. heeee...
dalam2 dok rest 2, baru aku teringat pasal kertas jamboree orintering 2... urm, aku pun call adek bob, suh dia ambik kertas 2 kat keta... haha, keja part time aku bermula, jadi promoter ngan adek jany..
lawak sangat.. kitorang ni memilih cikit.. tengok mana abg2 yg macho baru p promote.. kakak2 yg comel2, baru bagi.. tak kira lah melayu ker, india ker, cina ker.. kitorang main bagi jer.. heeee.. dalam 100 pcs gak aku buat copy... so dalam 100 org kena bagi.. letih nyer.. tapi happening gak.. 
after abis kitorang promote.. aku ngan jany ada nampak tedy bear yg jalan2 tengah padang 2.. adek jom kita godek2 tangkap gambar ngan tedy bear 2.. jomm... sukanyer dapat bergambar... kekkke..
sesi bergambar dengan tedy bear dah abis.. skung masa tuk aku posing.. 
dalam letih2 pun sempat posing.. bab posing2 ni bagi jer kat aku.. heeheh, sampai syg aku neik geram,.. yelah time lari tak larat.. bila posing larat lak... geram jer dia kat aku.. syg awak..
ni aku ngan dia.. tengok, muka geram dia kat aku.. heehhee, comel kan?? 2 yg aku tambah2 syg kat dia...
ha!!, ni lah adek aku ngan gf dia, adek jany.. suka bawa diorang ni.. dok bercakap jer... tak kering gusi.. tak per.. sok2 akak syg korang ni paksa korang ikut kami lagi.. 
diorang pun nak masuk race.. tapi race ni belum ada lagi, berlari sambil gendong org tersayang.. kekekek.. comel kan.. semangat jer adek aku 2..
muka letih.. cian dia.. sory dear, nyusahkan awak.. apa2 pun saya syg awak...
thum down coz aku tak training.. padan muka aku.. 
tak larat aku tengok diorang ni.. letih ngan kerenah diorang.. tapi sku suka.. coz aku pun cam 2 gak.. 
tengok, aku pun kalut gak nak posing... huhuh..
dah nak sampai kat keta dah.. no more posing2 k.. its time to relax.. kitorang trus gerak balik, tak singah mana2 dah.. yg sempat kitorang singah kat kedai makan.. lapar sangat... kaki aku dah krem, jalan pun dah macam apa tak.. jalan pun nampak dah tak senonoh...korang paham2 lah bila kaki kita dah krem..  alhamdullilah, akhirnya berakhir jugak larian ni... k lah sume.. aku nak tido dah.. cium pelok sumer.. byer
♥♥♥
♥♥

Saturday, July 24, 2010

PERAK-SUUNTO-RAKAN MUDA ORIENTEERING JAMBOREE 2010


 jom kita pakat meramaikan jamboree orinterng ni... wink-wink...^^

PERAK-SUUNTO-RAKAN MUDA ORIENTEERING JAMBOREE 2010

@ KOMPLEKS RAKAN MUDA, KAMUNTING, TAIPING, PERAK DR

7-8 OGOS 2010

“2010 The Year of Orienteering” 

klik link ni tuk maklumat lanjut

snr adventure  

 

PENGENALAN

Buat pertama kali dianjurkan, sejak 30 tahun orienteering diperkenalkan di Malaysia ,akan  menghimpunkan secara besar-besaran semua atlit-atlit sukan orienteering “orienteers”, sebagai menghargai peminat-peminat fanatik sukan ini di Malaysia. Pelbagai aktiviti-aktiviti, pengisian dan tajaan produk yang menarik semasa jamboree ini nanti.

Ia bertujuan mempromosikan dan membangunkan sukan orienteering ini kembali di Malaysia disamping menyatukan “reunion”, bertukar pendapat, idea dan mencari kenalan dengan matlamat menjadikan “orienteer” yang hadir pada jamboree ini menjadi atlit yang lebih profesional.

PAKEJ JAMBOREE

RM 50.00 seorang, (pakej termasuk)
  • Baju T Jamboree
  • Goodies
  • Kad-Orienteering bar code (priority membership card)
  • Sijil Rakan Muda - Suunto Asia Pasific
  • Makan malam (7hb Ogos)
  • Sarapan pagi (8hb Ogos)
AKTIVITI JAMBOREE
  • Klinik orienteering / rogaining (basic / moderate)
  • Pertandingan “Foot O” (night orienteering) - hadiah disediakan
  • Pertandingan “Foot O” (day orienteering) - hadiah disediakan
  • Sesi dialog bersama atlit orienteering antarabangsa
  • Sesi dialog bersama “orang lama” orienteering Malaysia
  • Sesi video pertandingan orienteering Eropah
  • Cabutan bertuah
PENGINAPAN / KEPERLUAN YANG PERLU DIBAWA
  • Khemah
  • Sewaan bilik dengan kadar terendah (kompleks Rakan Muda, Kamunting, Taiping)
  • Field orienteering compass
  • Pakaian sukan
  • Torch light / head lamp
DENGAN KERJASAMA
  • KERAJAAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
  • KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
  • JABATAN BELIA SUKAN NEGERI PERAK
  • SUUNTO ASIA PASIFIC
PENAJA-PENAJA PRODUK JAMBOREE
  • SUUNTO
  • DEUTER
  • MILY & COLE
  • COLEMAN
  • BHP PATROL
  • MAGLITE
  • UNIVERSAL FITNESS & LEISURE
PENGANJUR JAMBOREE
  • SNR ADVENTURE CONSULTANT (PENTADBIRAN)
  • PRO MAGNET EDGE EVENT (TEKNIKAL)

TARIKH TUTUP

02 OGOS 2010
  • Organisasi yang menghantar peserta teramai akan mendapat ‘rewards’ daripada penganjur
  • Daftar sekarang!!!!...baju T terhad kepada 500 peserta terawal sahaja..INILAH PELUANG KEEMASAN ANDA SEBAGAI ‘ORIENTEER’
Untuk sebarang pembayaran yuran penyertaan boleh dibuat terus kepada;

NAMA AKAUN        : SNR ADVENTURE ENTERPRISE
BANK                     : CIMB BERHAD (PARIT BUNTAR)
NO AKAUN            : 08060009955052

Sila fax bank in slip : 05-7161731 atau email : shamsuri@snradventure.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Untuk sebarang maklumat boleh terus hubungi:
ASWADI        : 012-4476371
FAISAL          : 017-4962907
SHAMSURI    : 012-4072495
TENTATIF JAMBOREE
TARIKH / MASADISKRIPSI LOKASI
07/08/2010
08am-02pm
  • Pendaftaran orienteers
  • Goodies
  • Taklimat / set-up khemah / check in
KRMK
03pm
  • Klinik orienteering
  • Sesi dialog 1 & 2
KRMK
07pm
09pm
  • Makan malam
  • Night orienteering
KRMK
08/08/2010
07am-09am
11am
  • Sarapan pagi
  • Day orienteering
  • Cabutan bertuah
  • Penyampaian hadiah / sijil
  • Sesi photographi
  • Penutupan
KRMK
 Nota : Program / aktiviti jamboree ini akan diubah dan ditambah tertakluk kepada kesesuaian masa dan waktu

TAIPING HERITAGE RUN

wink-wink^^... salam sumer,, ari ni aku ngan my ♥ p taiping padang Esplanade.. kitorang g dating.. kekek.. silap lak, kitorg g collect godes.. fee masuk run ni just 30 hinggit jer... lagi pun dekat ngan hometown.. so aku pun iya-iya sangat nak p, walaupun training tak cukup...
 lusa lepas sampai resit ni kat alamat my ♥... diorang suh g collect godes.. petang tadi after jumaat kitorg gerak g taiping trus.. vroommmm...semangat 2..
my ♥ aku ni belum pasti joint ker tak?? uuummmmm, dia ada kenduri kawen umah sepupu kat KL, keputusan belum di buat lagi.. jawapan akan diberitahu esok.... tinggg..!!!. hope dia cancel kenduri n p lari2 sekali ngan aku kat taiping... jahat kan.. kekekek... cancel jer syg...
 haa, tengok 2, berbaloi-baloi tak barang yg ada dalam godes beg ni.??. mcm2 ada... diorang kasi kacang, sijil, pencuci muka, syampoo, salonpass, mcm2 lagi lah.. memang berbaloi-baloi... Thum Up...
 Tada!!! ni nombor 3 angka aku B 153.. hehe.. harap2 nombor ni bawa tuah dan aku boleh abiskan larian sampai ke finish... urm, ni my second larian aku, yg first sekali tahun lepas kat Penang Brige 2009.. wish me luck k sumer.. takut sangat... training tak cukup.. 15km.. lari itik lah maknanyer... heeee... k, nyte sumer...
♥♥♥
♥♥
copyright@segala yang tercatat diatas semuanya adalah Hak Milik MISS3808